140 aksara
kicau padat bermakna
ada yang mengarut
ada yang mencarut
ada yang puitis
ada yang terguris
ada yang merapu
ada yang melulu
ada yang tersendiri
ada yang peribadi
hanya kerana 140 aksara
kicau-kicau berbunyi dalam satu-satu masa
hanya kerana 140 aksara
timbul bahasa asing mengundang loya
hanya kerana 140 aksara
maklumat lebih cepat daripada berita
dan hanya kerana 140 aksara
manusia umpama burung di udara
terbang dan berkicau bebas di awan maya.
Nota: twitter saya, @FarhanaSukre
3 ulasan:
liek tweet2 now. than status2....
x reti nk twit mwit ni la farhana..
tunjuk ajarku sifu lagi bleh???hehehe
ayat twit ni pun dh mcm sajak dh..good job dear
@liza: kita twitt tak siapa yang tahu.haha
@Kak CT: saya tak layak dipanggil sifu pun. hehe
Catat Ulasan