Halaman

Isnin, 24 Disember 2012

Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza




1. Kontes ni seperti serampang dua mata. Kerja 2 dalam 1. Sebenarnya dah lama aku nak buat satu entri pujian mengenai blog Santai Leeza di atas kegigihannya menjadi salah seorang blogger yang berjaya. Harapnya dengan kemasukan aku yang juga sebagai kawan sekelasnya, tidak membuatkan cik Leeza bersifat bias. He he

2. Aku antara follower awal blog Leeza, sedang waktu itu aku lebih awal setahun (rasanya) mempunyai blog. Dan, untuk makluman, tahun demi tahun, blog aku masih sama saja jumlah followernya! Sedang cik santai Leeza ni dah semakin berkembang. Di situ kepujian yang mahu aku beri, Leeza seorang yang sangat komited dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu, apalagi untuk menyebarluaskan empayar blognya. (Mohon Leeza jangan kembang!)

3. Ini kontes pertama. Dan mungkin yang terakhir. Kalau tak menang, cukuplah entri ini sebagai dorongan dan sokongan daripada seorang kawan. Semoga blog Santai Leeza terus berkembang dan terus menulis dengan penuh kesantaian. Santai-santai juga, tapi harapnya tetap menulis sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada pembaca, amnya. 

4. Banner Cik Santai Leeza ada kapal terbang. Aku syak, Leeza akan jauh terbang ke Daerah Borneo untuk mengajar nanti. (^_^)

5. Untuk terakhir kali, minta maaf dan terima kasih sepanjang kita berkawan. Dan kita akan terus berkawan sama ada di ruangan maya dan di dunia realiti. (kontes dah jadi macam jejak kasih..haha) 

Semoga terus sukses!

3 ulasan:

MalizaMah berkata...

pertama.. aku sgt terkesima dgn ayat no 4... omg .... ho ho ho.. mgkin hint juga tu...

kedua, ayat no 2... cuba utk tidak kembang...

sgt tabik spring dgn penyertaan saudari.. (tetiba guna saudari plak)...

seriusly, aku sememangnya tidak mungkin lupa akan kau tau dan kelas mrs lim (mrs lim ker nama beliau).. tak ingat daaaa...

kau, aku, fer.. 3 org yg mmg agak aktif berblog pada mulanya... mel n usop akan pejam celik ketika itu, dan kini terus pejam.. hehehehe

Unknown berkata...

salam kenal , hehehe

QasehnyaRania berkata...

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/12/blogger-paling-santai-2012-cenderahati.html

salam kenal ditahun baru dari segmen yg sama ;)

Pengikut

Penyumbang