O kawan
Kauhadiahkan aku sebatang pena
yang kini mengalir sejuta aksara
Entah mengapa
kautuntut penamu kembali
tetapi malang, sayang
pena berianmu itu sudah kehabisan tinta.
O kawan
andai kau benar-benar mahu
sanggupkah kau terima semula?
sebatang pena bertinta
yang akan kuisi dengan darah kecewa.
4 ulasan:
ayat yang sanagt puitis..:) indah..:)
dalam hidup ini, kawan itu mengajar kita erti yg banyak.. sehingga adakala kita alpa untuk meneroka lbh mendalam.. kealpaan kita itu yg selalu membuat kita sesat di jalan hadapan. dgn kawan tercipta pengalaman.. pengalaman menjadikan kita kaya dengan idea dan akal...
apa aku merepek... no idea...
Tajamnya puisi ni. Huhu. Teringat poem The Pencil form 4 dulu :)
Lyeen: terima kasih kerana membaca.
Liza: kawan ada banyak makna.
Siti Salha: The Pencil - Ali Majod. Cikgu saya pernah suruh buat lakonan semula di dalam kelas. Kenangan.
Catat Ulasan