Halaman

Rabu, 8 Jun 2011

Sang Pemimpi


Assalamualaikum,



Selepas membaca novelnya, baru kutonton filem ini. Watak Arai remaja menjadi sang pemimpi yang memberi inspirasi.

Kata Arai, "Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati...."

Ya, kita boleh bermimpi kerana mimpi itu percuma, tetapi harganya mahal untuk dilaksana. Filem ini bagus untuk ditonton kepada sesiapa yang punya mimpi. Kepada setiap orang yang punya impian dan harapan yang seiring dengan daya dan usaha.

Dalam novel Sang Pemimpi, Andrea Hirata telah mengkritik produser filem dengan mengatakan:

...Para produser filem tidak tertarik untuk memproduksi filem berat yang misalnya membina semula sejarah. Ini kerana ia hanya akan mengurangkan jumlah penonton dalam filem yang kami tonton ini jelas tidak mampu mengarahkan setiap pelakon agar tidak membawakan dialog seperti mendeklamasi. Namun tidak mengapa, penonton tetap berduyun-duyun. Malah produser dan pengarah telah berkonspirasi mengumpulkan rupiah demi rupiah daripada penonton yang bodoh atau yang mereka bodohi.

dan jika anda seorang produser filem dan ingin untung besar, maka pakailah pengarah yang otaknya bebal..."


FS: kalau rindu kepada watak-watak sebelas anggota Lasykar Pelangi, boleh baca Maryamah Karpov.

2 ulasan:

MalizaMah berkata...

Ya, kita boleh bermimpi kerana mimpi itu percuma, tetapi harganya mahal untuk dilaksana.
ayat ni best dan bermakna...

Farhana Sukre berkata...

tiada siapa dapat memperjuangkan diri kita melainkan kita sendiri yang memperjuangkannya.

Mimpi kita mahal kerana harga perjuangan itu.

:)

Pengikut

Penyumbang