Yang menulis itu minat
pena dan jari jadi sahabat
Yang menulis itu pandai
rencananya boleh dinilai
Yang menulis itu pemerhati
catat tegur demi emansipasi
Yang menulis itu mata duitan
nilai wang jadi keutamaan
Yang menulis itu suka-suka
muncul catit rahsia dibuka
Yang menulis itu sasterawan
hasil karyanya satu penantian
Yang menulis itu guru
contohi murid isi bermutu
Yang menulis itu pendakwah
coretannya pesan ingatkan Allah
Yang menulis itu luar biasa
tulisnya tidak kerana nama.
Nota hati: Kita adalah apa yang kita tulis.
1 ulasan:
benar.. kita adalah apa yg kita tulis... huhuhu... adakal sukarnya nak berkata apa yg terbuku, maka pena menjadi teman utk kita luahkan sesuatu.... suka duka merupakan satu travelog... ermmmmmm
coretan: http://santaileeza.blogspot.com/
Catat Ulasan