Assalamualaikum
Dah dekat nak habis cuti baru aku berkesempatan mengunjungi Muzium Negeri Kedah. Tujuannya hanya satu untuk projek mega 2011 yang dah tak berapa hari saja lagi.
Rasanya ini masuk kali ketiga aku masuk Muzium Kedah. Kali pertama ikut rombongan sekolah rendah, kali kedua semasa sekolah menengah agama. Ya, kenangan nostalgik dengan pakaian batik sekolah, tudung labuh kemudiannya berjalan kaki dari SMK Agama Kedah ke Shahab Perdana dan naik bas AOB dengan tambang 50 sen turun depan bangunan muzium.
Itu pun kerana ada pameran hantu. Boleh bayangkan pameran pelbagai jenis hantu pelik lagi jelik berjaya menarik ribuan pengunjung yang mahu melihat replika hantu secara langsung.
Itu dulu, berbeza dengan semalam. Bangunan ilmu antropologi itu lengang. Sunyi sepi. Ada dua tiga kerat manusia yang membawa anak-anak dan dua orang mat salleh.
Aku yang membawa dua orang adik pun sibuk nak balik. Katanya takut. Ya, keadaan bangunan yang tiada siapa ditambah lagi penuh dengan artifak lama memang bisa menegakkan bulu roma! Apa pun, misi mencari maklumat untuk projek mega 2011 aku rela. Dua orang adik aku tu aku tak layan.
Ternyata bertandang ke muzium negeri ini memang tidak rugi. Dalam banyak-banyak galeri tak sangka pula terjumpa nama Yang Dipertua PIBG SMK Agama Kedah yang sekarang menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Bagi murid tingkatan satu yang rasanya kurang meminati sejarah, bolehlah berkunjung ke Muzium ini kerana anda boleh faham satu bab dalam buku teks sejarah secara terperinci.
Bagi aku ini satu pengalaman menarik dan misi 2011 bakal bermula. Harap tidak hanya menjadi angan-angan Mat Jenin atau hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan