Halaman

Sabtu, 23 Jun 2012

Catatan Hati Nik Nur Madihah - kisah mengharukan


"Yang pertama, jangan bercita-cita nak jadi doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Itu adalah cita-cita nak makan gaji. Tapi, tanamlah azam untuk jadi orang cerdik. Kalau kita cerdik, InsyaAllah kerja akan datang sendiri kepada kita." - Ayah Nik Nur Madihah.


Selesai membaca buku ini dua hari lepas. Buku ini penuh dengan catatan kisah suka dan duka seorang pelajar, anak dan hamba Allah. Seperti kita tahu, Nik Nur Madihah merupakan pelajar SPM terbaik seluruh Malaysia tahun 2008 yang mana telah meraih 20 A (19 A1 1 A2). 

Di dalamnya terdapat catatan hati seorang anak nelayan yang terpaksa bertarung dengan kesempitan hidup.  Tidaklah  dia menjadikan kesusahan itu sebagai halangan untuk menempuh kejayaan. Kemiskinan dijadikannya sebagai asas motivasi untuk berjaya dan mengubah kehidupan keluarganya. 

Sesuatu yang menarik dan boleh dijadikan ikutan, Nik Nur Madihah sentiasa melakukan tahajud, solat sunat dhuha dan berpuasa sunat pada tiap Isnin dan Khamis. Selain itu, dia suka kepada buku bergenre penyiasatan dan sejarah islam kerana buku-buku sebegini boleh mencucuh pemikirannya. 

Buku ini selain juga penuh dengan tips-tips belajar, boleh juga menjadi tulisan motivasi atau tulisan untuk kita mensyukuri, betapa kekayaan bukanlah penentu kepada sesuatu kejayaan. Sungguh, buku ini sangat mengharukan bagi yang tahu atau pernah mengharung erti kesusahan!


2 ulasan:

MalizaMah berkata...

hmmmm... bukan semua insan itu boleh menjadikan kemiskinan BUKAN PENGHALANG MEREKA UTK BERJAYA.
hidup ini aku temui begitu ramai manusia. jua mencerminkan diri.. memantulkan sejuta perangai manusia. yg adakala aku sndiri sukar ungkatkan dgn kata2...

huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Siti Salha Rosman berkata...

Orang sekarang lebih mengutamakan pelajaran. Siapa yang dapat A paling banyak atau CGPA first class tu lah yang dipandang tinggi dan dihormati, serta dicari2 oleh majikan.

Pengikut

Penyumbang