Halaman

Ahad, 6 Mei 2012

Kedai Buku sekitar KL


Kedai-kedai buku di bawah mungkin akan dirindui sekiranya aku tidak dihantar posting di Kota Lumpur tahun depan (memang tak minta posting di KL di atas banyak sebab). 


1. Pekan Buku, UM


Pekan Buku UM dekat dengan maktab, boleh jalan kaki, pusing tasik UM yang berair hijau, masuk Perdana Siswa dan jumpa. Selalunya masuk sebab nak beli majalah DBP yang tak ada di kedai biasa. 

2. Book Excess, Amcorp Mall

Sesiapa yang suka baca buku BI, ini port yang boleh memberi senyum. Bukunya berpatutan. Kenapa? Kena beli bukunya dan ramahkan mulut bersembang dengan stafnya. Di sini aku mula kumpul buku Haruki Murakami. 

3. MPH, Mid Valley

Dulu kedainya luas, sekarang berpindah dan agak sendat. Dekat MPH aku nampak budaya ibu bapa membawa anak membaca. Satu cara yang bagus untuk pupuk minat. Yang tak bagusnya, ada anak-anak yang merengek untuk menipiskan dompet ayahnya dan juga ada permainan polis sentri! 

4. Pustaka Mukmin, Jalan TAR

Ada dua Pustaka Mukmin, satu dekat dengan SOGO dan satu lagi berhadapan dengan Restoran Insaf yang menginsafkan. 

5. Pustaka Minerva, Jalan TAR

Saingan Pustaka Mukmin. Sekali lagi aku cakap, pustaka ini bersebelahan dengan Restoran Insaf yang menginsafan sesiapa untuk makan buat kali kedua.


6. Borders, BTS dan Kinokuniya, KLCC


Tak selalu. Jarang-jarang. Baru perasan, dalam Kinokuniya dekat bahagian bahasa Melayu ada tersusun buku-buku Pramoedya Ananta Toer yang dicetak semula. Tapi, telan air liur sahaja. 

7. PWTC


Selain perhimpunan agung ameno, PWTC adalah tempat untuk meraikan penulis dan menghabiskan duit setiap tahun.



Sebenarnya, dekat mana-mana pun ada kedai buku, tapi tidaklah semeriah di Kuala Lumpur. Kalau nak kata orang kita tak banyak baca buku, rasa macam tak rasional juga. Kedai buku penuh tiap kali hujung minggu dari pandangan mata aku.


Salah satu faktor aku tak pilih KL selain kesesakan ialah aku tak suka bangunan vertikal (pinjam ayat Ridhwan Saidi) kerana aku tak suka lif! 

7 ulasan:

MalizaMah berkata...

aku suka kumpul buka, tp jarang pula membaca... aigoooooooooo

Redha Rahimi berkata...

kedai buku UM..lokasi membeli majalah...

AdH berkata...

Dalam banyak-banyak kedai buku itu, hanya dua buah sahaja selalu saya kunjungi - Minerva dan Pustaka Mukmin selain MPH Jusco Taman Maluri. Pesta buku di PWTC tidak pernah 'miss' sejak 2006 hingga kini! Hehe.. walaupun tidak lagi berada di KL (posting di kampung halaman), namun digagahkan juga untuk pergi.

Zaman bujang / di kampus dahulu, pergi dengan kawan, sudah berkahwin datang dengan suami, bila sudah ada anak, sanggup dibawa walaupun masih bayi ;)

Tanpa Nama berkata...

Salam sis,

Minerva dgn Mukmin ada kat mana ya selain KL? Kalau boleh area PJ.

TK

Farhana Sukre berkata...

Liza: beli buku bagi rak baca..heh?

Redha: Faham-faham sajalah majalah apa..huhu

ADH: Kita membaca tak kira usia, kahwin dan ada anak. hehe

Anonymous: tak pasti sama ada pustaka mukmin atau minerva ada cawangan kat tempat lain.

:)

Tanpa Nama berkata...

yg dekat jln TAR tu n dekat KLCC ada tak jual pencil charcoal yg guna untuk melukis tu ?

answer please :)

Farhana Sukre berkata...

Anon: bab alat tulis ni tak pasti pulak. tapi kedai buku kat jalan TAR tu lebih banyak buku berbanding pencil melukis tu.

maaf.

Pengikut

Penyumbang