Halaman

Jumaat, 9 Disember 2011

Aku, Pen dan Buku

Pen dan buku
membuatkan aku
bercakap bila perlu
menulis semahu-mahu
berfikir yang tentu-tentu.

Pen dan buku
adalah sahabatku
berbanding rakan sampingku
ada semasa gembiraku
pupus kala hina sedihku.

Pen dan buku
padamu sahaja aku cerita
rahsia hatiku
kala suka dan libang libu.

Farhana Sukre
IPG Kampus Bahasa Melayu

Majalah Tunas Cipta Disember 2011

3 ulasan:

MalizaMah berkata...

Terbaik dari Farhana Sukre.
ringkas dan mudah bagi aku faham. like....
kadang2 aku tak suka baca puisi yg aku tak faham.

Cikgu Fer berkata...

sedap dibaca...
hebat lah ana..
yang nie ker menang?

Farhana Sukre berkata...

FER, puisi ni masuk majalah..Yang menang tu pantun..

Pengikut

Penyumbang