Assalamualaikum,
Hari ini merupakan kali kedua menjejakkan kaki ke Muzium Padi walaupun dekat sahaja muzium ni dengan kampung. Lebih kurang 15 minit. Apa yang dapat dirumuskan, Muzium Padi sudah ada perubahan. Tahun lepas, ada kerosakan pada platform kerusi berputar dekat aras tiga, sekarang sudah dibaik pulih. Kerusi sudah boleh berputar-putar sambil menghayati pemandangan mural yang menakjubkan!
Pemandangan waktu senja - pemandangan musim menanam padi.
Mural Empangan Pedu
Muzium ini mempunyai 3 aras, Aras 1 lebih kepada alat-alat pertanian, aras 2 mempunyai galeri-galeri lukisan seperti lukisan di atas dan dokumentari penanaman padi manakala aras 3 memaparkan satu pemandangan seakan berada di puncak Gunung Keriang.
Untuk sampai ke aras 3, pengunjung perlu mendaki 59 anak tangga. Bagi yang mula-mula sampai ke atas dan dalam situasi termengah-mengah mungkin akan mengalami pening-pening kerana mural hebat ini seakan 3 dimensi.
Hasil temu ramah dengan pengawal muzium, mural 8 meter tinggi,103 meter panjang ini dilukis oleh pelukis-pelukis dari Korea Utara. Harganya bernilai RM 9.3 Juta. Rata-rata pengunjung tak henti-henti mengambil gambar terutamanya pelancong asing. Walaupun aku sudah pernah melihat, rasa kagum dan teruja tetap ada. Kagum kerana lukisan itu seakan-akan hidup. Kagum lagi dengan penceritaan yang terpamer. Suasana itu terlalu klasik untuk dikenakan dengan zaman pertanian moden ini.
Lesung Hindik
Replika Rumah ini dipanggil Jelapang. Digunakan untuk menyimpan padi.
Bakul besar itu namanya 'Kepuk', juga menyimpan padi.
Muzium Padi dibuka setiap hari kecuali Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha. Bayaran masuk RM 3 bagi orang Dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak, rasanya berbaloi untuk kita tahu sejarah makan ruji yang hari-hari masuk ke dalam perut kita.
Suatu hari aku akan datang lagi. Mungkin dengan rombongan murid-muridku. He he
FS: Sebelah Muzium Padi ada Pusat Sains Wilayah Utara. Masuknya percuma tetapi orangnya tiada. Sunyi sepi.
2 ulasan:
yep.. aku bakal pergi... wakaka...
membaca seluruh blog, cukup bagus
Catat Ulasan