Assalamualaikum,
Sebetulnya, novel ini telah mengembalikan nostalgia semasa zaman kecil; zaman bersekolah di luar bandar. Apa lagi novel ini dekat dengan dunia pendidikan yang digarapkan dengan metafora seni bersalut ilmu yang sarat.
Laskar Pelangi mengisahkan sebelas orang anak Melayu Belitong yang luar biasa - Ikal, Lintang, Mahar, Syahdan, Trapani, Kucai, Samson, Borek, A Kiong, Harun dan Flo. Mereka anak sekolah yang berlatarbelakangkan sosioekonomi yang tercorot (kecuali Flo) di tanah yang kaya dengan sumber timah. Dalam kalangan sebelas orang anak Melayu yang menggelarkan diri mereka anggota Lasykar Pelangi ini ada tiga watak utama yang dominan, iaitu Ikal si pencerita, Lintang budak pintar cerdas (genius) dan Mahar insan yang punya bakat seni yang maha tinggi. Lintang dan Mahar inilah yang menaikkan kembali nama sekolah yang sering dipandang sipi oleh golongan berada.
Apa yang menarik, Andrea Hirata menonjolkan pentingnya pendidikan. Dalam ceritanya, alasan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah paling miskin di daerah Belitong adalah kerana sekolah itu tidak menetapkan sebarang yuran, SK Muhammadiah ini sekolah yang menerapkan unsur islam dan alasan ketiga adalah kerana tiada satu sekolah pun mahu menerima anak-anak jembel ini melainkan SK Muhammadiah yang hanya menunggu masa untuk roboh. Namun, semangat mahu belajar itu utuh dalam diri budak-budak ini. Buktinya ada pada Lintang, budak pesisir yang berkayuh 20 kilometer dan sampai sahaja ke sekolah hanya sempat menyanyikan lagu "Hanya Padamu Negeri".
Novel ini turut mendalami jerih guru yang mengajar tanpa mengira tanda jasa, cuma menerima upah beras 15 kilogram beras setiap bulan. Boleh dibayangkan bagaimana seorang guru mengajar semua mata pelajaran dan bekerja mengambil upah menjahit untuk menyara diri dan keluarga. Ini ayat yang cukup menampilkan erti guru yang sebenar.
"Seorang sahabat pernah mengatakan bahawa guru yang pertama kali membuka mata kita akan huruf dan angka-angka sehingga kita pandai membaca dan menghitung tidak akan putus-putus pahala sehingga akhir hayatnya. Aku setuju dengan pendapat itu, Dan tidak hanya itu yang dilakukan oleh guru. Dia juga membuka hati kita yang gelap gelita."
Barangkali Andrea Hirata seperti mahu memperkenalkan pembacanya tentang minatnya dalam bidang botani, biologi dan geologi. Dalam garapannya, begitu sarat dengan nama-nama saintifik tumbuh-tumbuhan dan binatang. Anda tahu apa itu Pilea, Lais, Knautia, Chyisis, Tainia Shimadai dan Agathis? Percayalah, banyak lagi istilah saintifik yang dimuatkan dalam novel ini dan turut dijelaskan dalam glosari lebih 20 muka surat.
Biarpun ilmu yang diserap itu mungkin berat bagi sesetengah orang dan penceritaan lebih berfokus kepada watak demi watak, terselit juga cinta monyet, moral, jenaka dan sinis yang boleh diteladani dan dinilai.
Petikan untuk difikir dan direnung:
"...Bagaimanapun terbatas keadaannya, berhak memiliki cita-cita dan keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita itu mampu menimbulkan prestasi-prestasi lain sebelum cita-cita sesungguhnya tercapai. Keinginan kuat itu juga memunculkan kemampuan-kemampuan besar yang tersembunyi dan keajaiban-keajaiban di luar jangkaan..."
p/s: Lasykar Pelangi turut diadaptasi ke layar perak.
6 ulasan:
cerita ni sedeh.cekgu dia sgt tabah.dorg sgt bersemangat.
Ya, lebih-lebih lagi dengan Lintang yang terpaksa berhenti sekolah setelah kematian ayahnya..
aku tak pernah baca. ada sesiapa sudi rekeman novel.......
ermm.........
salam 'alaik..
ana, kte dh tgk citer ni.. popular sjak awl 2010 rsnye..
mmg mnyentuh hati ble tgk smgt cikgu n anak2 didiknya. biarpun susah, ttp nk blaja. siap kne lalu kwsn buaya lg 2 utk ke sekolah.
antara dialog yg kte ingat la..
"cikgu, aku mau skolah.."
antara filem yg wajib tonton olh guru2 and novel yg wajib dibaca insyaAllah :)
Nurain, mula beli novelnya dulu kemudian menghayati filem. Andai filem sudah mengesankan apa lagi bila membaca bait-bait yang tergarap dalam novelnya.
Cuma, dalam filem tidak detail tentang keajaiban Lintang dan Mahar.
filemnya aku pernah tonton...tabahnya guru turun ke muridnya.... melalui denai yang wujud kelibat buaya darat ketika dalam perjalanan ke sekolah untuk menyertai pertandingan kuiz, sangat menyentuh perasaan...sadis dengan kehidupan tapi itulah bitara sebuah hakikat...
Catat Ulasan