Google+ Followers

Pengikut

Isnin, 14 Mac 2016

Ekuinoks

Suhu belum sampai separuh takat didih, kita dah mengeluh.

Ya, memang panas.

Panas dunia.

Rabu, 9 Mac 2016

Gerhana



Hari kita semua mendongak ke langit melihat matahari

Dan, sujud ke bumi memohon Rahmat pada Tuhan yang SATU.


Moga hati nurani kita tidak gerhana

diberi cahaya hidayah-Nya.

Sabtu, 5 Disember 2015

Pindah Sekolah

Semalam hari keputusan rayuan kepada guru-guru yang mahu berpindah sekolah. Ada yang berjaya - panjat syukur. Dan ada jugak yang tidak berjaya dalam rayuan - tambah sabar.

Dalam mesyuarat akhir tahun bulan lepas, cikgu besar sudah mengingatkan guru-guru di bawahnya supaya tidak cuba mengisi borang eg-tukar. Katanya, borang itu dia baca tetapi dia takkan 'sokong' atas sebab dan alasan tertentu. Padaku kenyataannya nampak kejam, tapi ingatlah, di sebalik kekejaman manusia kita ada kasih sayang Tuhan. 

Jujur, aku tak pernah minta tukar sekolah. Bukan sebab tak rasa nak balik mengajar di kampung, tapi aku rasa aku tak ada sebab yang mendesak untuk bertukar sekolah lain. Mengajar pun baru genap 2 tahun. Guru baru perlu ada sedikit 'dugaan' di negeri perantauan.

Di sekolah aku, daripada 12 orang permohonan bertukar, hanya seorang yang keluar. Dalam kalangan 12 orang itu, aku paling kasihan pada ustazah Farihah. Sama umur denganku, anak belum berusia setahun, ditinggal jauh dengan ibu. Si suami pula jauh di Perak. Dan dia tiap hari rindu dendam pada anak suami dari kejauhan.
 
Sewaktu mendengar kata-kata cikgu besar tentang ketidaksokongannya guru bertukar, aku ada di sebelah Farihah hanya mampu menepuk lembut tangannya supaya sabar. Lain orang, lain pulak dugaannya. Semoga dia berjaya suatu hari nanti. 

Dan, selamat datang kepada guru yang bakal pindah masuk ke sekolah aku. Selamat berjihad untuk kecemerlangan (moto sekolah).